Friday, June 8, 2012

Aku cinta padamu 1

Aku terima nikahnya Elmira Amanda binti Elmizal dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.

Niat asalnya hanyalah mahu mengertak sahaja dan Adrian sama sekali tidak menyangka pengakhirannya akan jadi seperti ini.

"Hai berapa ek harga kau"
"Kau memang gila. Jangan ikut aku. Kalau tak aku report polis" ugut gadis itu geram. Dia berjalan laju menuju ke keretanya. Adrian pantas mengikut gerak gadis itu. Dia sempat memboloskan diri masuk ke dalam Honda Jazz hitam milik Elmira sebelum sempat di tekan punat lock. Malahan selamba sahaja tangannya menekan suis air cond. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.

"Hei, get out from my car now. Kalau tak aku jerit!" mencerlung matanya memandang Adrian yang duduk di kerusi sebelah. Sampai ke tahap ini lelaki itu mencari pasal dengannya walhal dia langsung tidak pernah kenal siapa pemuda itu. Apa yang dia tahu pemuda itu tiba-tiba muncul dalam hidup dan selalu menyakitkan hatinya.

"Jeritlah. Aku nak sangat dengar ni" cabar Adrian. Hampir ketawa dia melihat wajah gadis yang jelas ketakutan.
"Tolong perogol!" nyaring suara itu meminta tolong. Ketawa meletus keluar dari mulut Adrian apabila mendengar jeritan bersungguh-sungguh itu. Semua itu hanyalah sia-sia sahaja kerana mereka di dalam kereta yang dengan tingkap dan pintu tertutup rapat.
"OMG. I takutlah" perli Adrian sambil ketawa kuat. Kedua tangannya sengaja di letakkan di atas bahu sambil matanya sengaja di pandang ke atas. Jelas muka Elmira semakin merah padam menahan geram. Dia harus keluar dari kereta itu sebelum sesuatu yang tidak di ingininya berlaku. Mana tahu lelaki ini memang berniat jahat ke atasnya. Tak pasal esok keluar muka depan surat khabar seorang gadis di temui mati dalam keadaan memalukan selepas di rogol. Ya ampun. Amit amit. Choi!

Hanya inilah jalan terakhirnya. Dia sudah tidak peduli dengan kereta dan harta bendanya yang lain asalkan dirinya selamat dari ternoda. Tangan Elmira pantas mahu menekan punat unlock di sebelah pintu kereta tetapi sempat di halang oleh Adrian. Kedudukannya terus di alih lalu menindih gadis cantik itu. Pinggangnya di tarik supaya mendekati tubuhnya lalu kerusi terus di turunkan. Di renung lama wajah cantik di hadapannya lalu terus mukanya mendekati muka Elmira.

Rontaan Elmira langsung tidak peduli. Niat asal yang hanya mahu mengertak kini telah berubah terus. Wajah cantik itu seperti meminta belaiannya. Syaitan mula menghasut anak adam supaya pergi lebih jauh lagi. Membiarkan nafsu merajai hati. Rontaan dari Elmira langsung tidak di endah malahan tubuh hangat itu di peluk kejap. Lama bibirnya bermain-main di muka Elmira malahan begitu asyik sekali mengucup bibir munggil itu. Ciumannya yang semakin menggila itu mati apabila tingkap kereta di ketuk dari luar.

5 comments:

  1. awat pendik sgt! ... nex time bagi panjang sket ...
    tak dpt feel ... dh abis

    -teddygirl

    ReplyDelete
  2. hehe..suke2...tapi short sgt la....

    ReplyDelete
  3. suka la..best.. *lari baca chap2*

    ReplyDelete