Sunday, September 30, 2012

ACP 3



“Sekarang bagitahu aku apa masalah kau sebenarnya. Apa yang kau tak puas hati sampai sanggup perangkap aku. Kalau harta memang tak lojik langsung pasal family kau jauh lagi kaya” Elmira berkata tenang walaupun hatinya penuh dengan seribu satu persoalan yang cukup menyesakkan dada. Dia bingung dengan niat sebenar pemuda itu.

Dia ingat dari hari pertama berjumpa lelaki ini asyik benar mencari masalah dengannya. Menggelarkannya dengan panggilan yang tidak sepatutnya malahan asyik benar menyibuk dengan apa yang dia buat. Stalker! Ingatkan artis Korea sahaja yang asyik di ekori tapi dia yang bukan siapa-siapa turut menerima tempiasnya. Kemuncaknya adalah hari di mana mereka di tangkap basah dan akhirnya terjadilah perkahwinan yang langsung dia tidak inginkan.

Papa yang beria sekali mahu dia berkahwin untuk menutup malu. Bimbang reputasi terjejas. Secara kebetulan papa rupanya kenal rapat dengan ayah pemuda yang kini sudah sah menjadi suaminya. Elmira memberikan seribu satu macam alasan untuk menolak perkahwinan itu tapi ianya langsung tidak di terima. Berkeras benar papa mahu dia berkahwin. Elmira lebih rela turun naik mahkamah dari berkahwin dengan orang yang langsung dia tidak kenal.

“Ha, elok sangatlah ni. Buat benda tak senonoh sampai kena tangkap. Kalau kau memang dah tak rasa malu tapi sekurang-kurangnya fikir sikit perasaan abah kamu ni. Perempuan mana pula kamu dok gila sampai tak tahan sangat tu. Mari abah kahwinkan terus!" bebel Tan Sri Azman pada si anak. Isterinya sudah beberapa kali mencubit lengannya tanda malu pada yang lain turut berada di situ.

"Mizal, dah alang-alang kau pun ada dekat sini eloklah kita nikahkan aja budak berdua ni. Miang semacam sahaja"

"Aku setuju sahaja dengan cadangan kau. Lagipun benda ni macam ni memang elok di segerakan sebelum jadi apa-apa yang lagi buruk" kata Datuk Elmizal keras sambil menjeling Elmira,  anak bongsunya bersama bekas isterinya. Dia sudah tidak terlalu rapat dengan kedua anaknya selepas hubungan dia dan Elyana, bekas isterinya berakhir. Si anak sulung sekarang tinggal di Eropah dan jarang sekali mahu pulang. Elmira pula pulang ke Malaysia selepas dua tahun menamatkan pengajian. Malahan gadis itu lebih memilih untuk tinggal sendiri tanpa meminta sedikit pun bantuannya.  

"Papa, Manda tak nak kahwin dengan lelaki tu. Manda tak kenal dia!" Elmira berkata tegas tanpa peduli pada wajah lain yang turut berada di situ. Si lelaki yang turut di bebel keluarganya hanya diam sahaja sejak dari tadi. Mulut pemuda itu bagaikan di zip. Langsung tidak mahu membela diri. Seolah mengiyakan sahaja semua tuduhan.

Kedua lelaki separuh usia itu berpandangan sesama sendiri apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Elmira. Masakan tidak saling mengenali padahal mereka  ditangkap dalam keadaan yang amat mencurigakan. Jelas kelihatan beberapa kesan gigitan cinta di leher gadis itu.

"Manda kalau nak tipu pun beragak sikit. Kami ni orang tua dah terlebih makan garam dulu. Ni kat leher ni berbekas semua tak kanlah tak kenal. Lagipun korang kena aimbush dalam kereta Manda. Siap berkunci lagi pintu. Takkanlah tak kenal kot?" sudah berubah nada suara Datuk Elmizal. Kesal dengan si anak yang masih lagi tidak kenal erti serik. Bukti sudah jelas di hadapan mata tapi masih lagi mahu cuba menutup lubang.

"Betul Manda. Uncle pun rasa baik kamu kahwin cepat. Kenapa tak nak mengaku sahaja korang memang ada hubungan. Jangan risau kami tak marah pun pasal hal ini asalkan korang segera bernikah. Ke malu nak mengaku hubungan korang berdua pasal uncle dengan papa Manda bestfriend?” seloroh ayah si pemuda. Elmira hanya mencebik mendengar kata-kata yang baginya tidak kelakar langsung. Mulut si lelaki itu masih lagi riuh dan kini memarahi anaknya pula.
“Haa kamu ni Adrian kenapa diam sahaja tadi. Umur makin meningkat benda macam ni bukan boleh buat main-main. Langsung tak takut dengan dosa" tempelak si ayah pada anak teruna yang mulutnya bagaikan penuh emas.

Elmira panas hati pula melihat pemuda yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia. Langsung tidak mahu bersuara untuk membela diri. Seolah memberitahu pada semua yang mereka memang bersalah padahal hanya dia sahaja yang bersalah dalam hal ini. Aku tak salah, jerit si gadis di dalam hati. Sudah penat mulutnya memberitahu tapi mereka yang lain tidak mahu percaya.

Tangannya di tarik tiba-tiba oleh Elmira lalu di bawa menjauhi keluarga mereka sebentar. Yang lain memandang pelik kelakuan mereka. Sekejap kata tak kenal tapi sekarang bukan main lagi berpegangan.

"Kau bagitahu benda sebenar dekat semua orang cepat. Semua memang salah kau. Aku tak nak kahwin dengan kau bodoh!"

"Bodoh!" panas bontot Adrian apabila gadis itu mengelarkannya sebegitu. Di jeling tajam Elmira yang bercakap tanpa alas.

"Sedap kau nak cakap aku bodoh. Macamlah aku nak sangat kahwin dengan kau. Baik aku jadi bujang terlajak dari pilih kau"

"Tak kisahlah kau nak jadi apa. Apa yang penting sekarang kau bagitahu family kau hal sebenar kalau tak aku report polis kau cabul aku tadi dalam kereta. Lagi satu macamlah aku hadap sangat dengan kau ni. Lelaki takat kau bersepah tepi jalan. Tak hingin aku" dalam mengugut sempat lagi mulutnya mahu mengutuk. Semua kerana rasa marah yang membuak-buak pada lelaki yang entah nama pun dia tak tahu. Sekarang papa dah mula pandang serong dengannya walhal dia bukan perempuan yang mudah menyerah pada lelaki.

"Wait. Kau ni dah over limit. Mulut tu agak-agaklah" Adrian mula naik berang. Kepantangannya apabila dirinya direndah-rendahkan lebih-lebih lagi dengan perempuan yang cukup di bencinya ini. Memang sengaja mahu cari pasal. Siap kau.

"Ha tu buat apa meeting lama sangat. Meh sini cepat hal korang tak setle lagi jadi jangan nak lepas tangan" Tan Sri Azman memanggil kuat. Hilang sudah kewibawaannya sebagai ahli koprat. Selamba sahaja menjerit di situ tanpa memikirkan imejnya. Langsung tidak di peduli pada isterinya yang mula menepuk tampar lengannya.

"Kau jangan lupa apa aku pesan tadi" Elmira berbisik mengingatkannya. Mereka berdua kini semakin menghampiri orang tua masing-masing.

"Uncle, ada something important your son nak bagitahu" belum apa-apa Elmira sudah berkata dahulu.
Novel sengaja di baling mengenai tubuh si suami. Sakit hati melihat pemuda yang menayang wajah tidak bersalah.
“Kau tak dengar ke soalan aku tadi?” marah Elmira.
Adrian hanya berlagak tenang tanpa mahu menjawab pertanyaan isterinya. Mana mungkin dia memecahkan tembelang. Belum masanya lagi. Dia rasa gadis seperti Elmira ini pasti tidak akan membiarkan dirinya di pijak. Dia akan membuatkan gadis ini jatuh melutut atas perbuatannya pada Harry dahulu. Akan di pastikan itu berlaku. Itu janjinya.
........
“Kau pasti dengan keputusan kau ni?” Adrian bertanya serius sambil merenung wajah si sahabat yang masih berbalut di kepala. Hanya keluhan yang keluar dari mulut apabila Harry mengangguk laju. Bagi Harry dia harus pergi untuk mencari harga dirinya yang telah di pijak seenaknya oleh Elmira. Gadis itu tergamak mempermainkan hatinya. Langsung tidak mahu memberi ruang sedikit untuknya menumpang kasih walhal dahulu Elmira yang beria benar melayan segala kerenahnya. Dia harus pergi dan kembali semula menjadi Harry yang baru. Berapa lama itu belum pasti tapi yang penting sehinggalah dia kuat untuk bersemuka dengan Elmira dan membalas kembali segala perbuatannya.

Datin Maimunah hanya mampu mengesat air mata memerhatikan pemergian anaknya. Puas sudah di pujuk tapi Harry sudah tetap dengan keputusannya. Dia sebagai ibu hanya mendoakan yang terbaik. Dia tidak menyangka gurauan untuk menjodohkan si anak dengan anak kenalan rapat telah di anggap serius. Bermati-matian anaknya cuba untuk mendapatkan gadis idaman hati semata-mata mahu mengelak terjadinya perkahwinan tetapi bila di fikirkan balik ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya Harry tahu bahawa selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kenyataan yang agak perit tetapi sebagai lelaki yang cukup dewasa Harry sepatutnya menerimanya dengan hati terbuka. Dia langsung tidak menyalahkan Elmira dalam hal ini kerana sebagai manusia Elmira mempunyai hak untuk berdampingan dengan sesiapa tanpa paksaan.

“Sebelum aku pergi aku nak kau janji sesuatu dengan aku. Aku nak kau cari Elmira dan ajar dia cukup-cukup. Kau fahamkan maksud aku!” Harry berbisik perlahan ke telinga Adrian. Bimbang jika mama mendengar apa yang di rencanakan.

Adrian jelas terperanjat mendengar apa yang di katakan oleh Harry. Ini bermakna Harry menyuruhnya membalas balik segala perbuatan Elmira. Nyata sekali sahabatnya sudah berubah. Bukan seperti dahulu hatinya yang agak baik sedikit dari Adrian yang jelas sekali lebih keras hati dan ego.

“Ok, don’t worry. Semua serah dekat aku. Kau nak aku ajar dia macam mana?”
“Itu terpulang dengan kau asalkan kau ajar dia apa yang patut. Apa yang penting buat dia merana macam apa yang aku rasa. Apa-apa update lah dengan aku. Kalau kau nak tanya semua pasal dia aku memang boleh bagitahu luar dalam”

Everything aku boleh handle. Kau pergi berehat and enjoy your vacation. Ingat sikit kita jangan jadi lemah pasal perempuan!” Adrian memberi kata-kata perangsang. Harry yang mendengarnya hanya tersenyum. Memeluk sahabat baiknya sebelum mengangkat kaki. Pengumuman kedengaran memberitahu waktu penerbangan ke Australia sebentar sahaja lagi.
............
“Wei! Berangan ke? Jawablah cepat soalan aku!” Elmira bertanya lagi. Tidak sabar mahu mendengar sendiri jawapan yang bakal keluar dari mulut Adrian. Mereka sudah sah bergelar suami isteri jadi tidak salah untuknya bertanyakan sesuatu yang harus dia tahu. Mana mungkin dia diamkan sahaja mengenai hal sehinggalah tertangkapnya mereka. Malahan lelaki itu sudah seenaknya menyentuh sesuatu miliknya tanpa kebenaran walaupun belum semua lagi di terokainya.

“Haa. Nothing. Aku pun tak tahu macam mana sampai aku boleh tertangkap dengan kau. Sorry!” jawab Adrian tanpa sebarang riak bersalah. Sungguh, dia sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh tertangkap. Apa yang pasti sewaktu berduaan dengan Elmira di dalam kereta dia langsung tidak mengawal diri. Lebih-lebih lagi apabila melihat bibir mungkil yang seolah-olah meminta supaya di sentuh. Sememangnya apabila bukan muhrim yang berduan pasti akan ada pihak ketiga yang menemani mereka iaitu syaitan.

“Hei! Banyak benda lagi kau kau hutang dengan aku. Yang paling aku nak tahu sangat kenapa kau ikut aku dahulu dan asyik nak sakitkan hati aku. Lepas itu sibuk pula nak ambil tahu semua hal aku. Tak pasal sekarang kita kena kahwin. Baik kau mengaku semuanya sekarang sebelum aku tahu sendiri nanti. Kalau waktu itu nanti memang masaklah kau kena!” ugut Elmira. Suaranya sudah bertukar. Langsung tiada ketenangan lagi pada kata-katanya. Dah tak guna cakap baik dengan lelaki yang bernama Adrian ini. Lagi menyakitkan hati adalah. Agaknya dia ni memang spiesis suka kena herdik dan marah-marah kot.

Mendengar nada yang sudah berubah rentak berserta wajah Elmira yang semakin jelas kelihatan tidak berpuas hati menyebabkan Adrian berfikir angkat kaki dari situ adalah langkah yang paling terbaik. Bukan dia tidak tahu mulut Elmira yang pasti akan mengeluarkan kata-kata pedih apabila dikuasai emosi. Pengalaman mengajarnya. Dialah orang yang selalu menyakitkan hati Elmira akhir-akhir ini sebelum mereka di tangkap basah. Dengan orang yang tidak di kenali pun Elmira selamba sahaja bertindak kasar apatah lagi dengan Adrian. Memang percuma sahajalah mandi jus hari-hari nanti.

“Adrian! Aku belum habis cakap lagi. Aishh tak guna!” sumpahnya sambil membaling bantal yang berada di pangkunya tapi tidak terkena pula pada sasaran. Marahnya semakin meluap-luap. Sakit hatinya semakin berlori-lori.

………………………………………………………………..
Masakan dia boleh lupa pada kesengsaraan sahabat baiknya akibat cinta yang ditolak. Harry yang pada seorang yang teguh pendirian akhirnya tewas juga pada godaan air mabuk. Apa yang lebih menyedihkan pemuda itu menemui ajalnya kerana kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk.

"Harry, stop it. Dah banyak kau minum ni"tegur Adrian sambil tangannya cuba merampas gelas yang di pegang sahabatnya. Ini adalah kali pertama Harry meneguk air haram sepanjang mereka bersahabat baik sejak dari sekolah rendah. Dia yang baru pulang dari outstation terkejut apabila Harry menghubunginya tadi  dan menyuruhnya datang ke pub yang biasa dia kunjungi. Selalunya Adrian yang menjadi penggunjung tetap di situ tetapi malam ini sebaliknya pula.

"Aku cintakan dia tapi sampai hati dia buat aku macam ni" luah Harry yang sudah mabuk itu. Dia akhirnya meneguk minuman yang di sangka dapat menenangkan jiwanya yang kacau. Mencari jalan penyelesaian yang mudah. Tidak pula mengadu diri pada yang Satu.

"Cool man. Sampai bila kau nak seksa diri. Perempuan tu memang tak ada perasaan. Baik kau cari lain sahaja. Aku tahu kau problem kau memang rumit tapi kau boleh share dengan aku. Ini bukan penyelesaiannya. Bagi sini gelas kau" pandai benar Adrian memberi nasihat walhal diri sendiri lebih teruk sebenarnya. Mengambil minuman keras persis mengambil minuman bergas sahaja.

"Perempuan lain tak sama dengan El. Aku memang benar-benar sayangkan dia tapi dia tergamak tipu aku. Dia mainkan perasaan aku. Buat aku ingat dia cintakan aku tapi kebenarannya dia langsung tak pernah cintakan aku. Langsung tak!" gelas itu di penuhkan lagi lalu terus diteguk minuman kuning itu rakus. Semalam dia cuba memujuk lagi Elmira tapi penampar yang dihadiahkan gadis itu. Tidak cukup dengan itu bunga yang dibawanya turut dibuang Elmira. Gadis itu memang sudah membencinya kini. Arghh, El. Aku cintakan kau, hatinya menjerit. Minuman dipenuhkan lagi lalu diminum terus menerus.

Harry sudah semakin mabuk. Adrian yang cuba menenangkannya buntu idea mahu memujuk. Di biarkan sahaja si sahabat yang sudah menolak tangannya. Mata Harry meliar memandang sekeliling, Tangannya tiba-tiba laju menarik seorang gadis yang kebetulan sedang lalu di tepi mereka.

"Elmira. Thanks sayang for coming. I love you. You pun cintakan I kan" merapu ayat yang keluar dari mulut si pemabuk sambil tangannya cuba memeluk gadis yang tidak di kenali itu. Menjerit-jerit gadis itu apabila mulut yang berbau arak itu cuba untuk menyentuh pipinya. Adrian pantas menolong gadis itu melepaskan diri dari pelukan Harry. Berkali-kali dia memohon maaf kepada si gadis atas kekhilafan sahabatnya.

"Mari aku hantar kau pulang" ajak Adrian sambil tangannya menarik tubuh Harry. Semua itu hanyalah sia-sia sahaja kerana Harry pantas menolak pegangannya. Malahan tubuh Adrian ditolak kuat sehingga jatuh ke lantai.

"Kau memang perempuan tak guna. Sengaja permainkan aku. Aku benci kau. Jangan tunjuk muka depan aku" maki Harry tiba-tiba sebelum hilang di dalam banjiran manusia yang mula memenuhkan ruang kelab malam terkemuka itu.

Adrian cuba mengesan jejak sahabatnya tetapi semua itu sia-sia sahaja. Bayang si jejaka yang di bawah pengaruh alkohol itu ghaib tanpa dapat di kesan.