Monday, June 11, 2012

Aku cinta padamu 2


Mata Elmira memandang lama bekas baldu kecil bewarna biru itu. Kalau di beri peluang untuk memilih, dia pasti tidak akan membiarkan Harry jatuh cinta padanya. Sungguh, selama ini dia langsung tidak menyangka persahabatan yang terjalin antara mereka di salah ertikan oleh pemuda itu.
"Harry, so sorry. El memang dah anggap you as my best friend. El memang tak boleh terima ini semua" tangannya menolak kembali kotak kecil berisi sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian.

Harry tidak berpuas hati mendengar jawapan yang keluar dari mulut Elmira. Selama ini sudah puas di momokkan kepada mama bahawa dia sudah mempunyai teman wanita apabila si ibu sibuk mahu menjodohkannya dengan anak teman baiknya. Malahan mama siap berpesan supaya membawa gadis itu pulang ke rumah untuk di perkenalkan kepada mereka sekeluarga. Dia baru bercadang untuk memberitahu Elmira tentang suruhan mama tetapi Elmira pula memberi tahu sesuatu yang langsung tidak sama seperti apa yang Harry mahukan.

"No El. This is not a joke. Kalau you tak pernah sukakan I kenapa selama ini you layan I baik sangat"
"Because you are my best friend but the truth is I sayangkan you macam I sayangkan abang I sendiri. I am so sorry. I tak boleh terima ini semua. I memang tak pernah cintakan you" Baginya selama mereka berkawan baik Harry langsung tidak pernah mengucapkan kata cinta dan dia sendiri tiada rasa apa-apa sepanjang mereka berkawan. Soal layanan baik sepatutnya langsung tidak harus di pertikaian kerana dia melayan Harry sewajarnya sebagai kawan. Kalaulah dahulu Harry sendiri mengaku akan rasa hatinya mungkin lebih mudah pada Elmira untuk mengakui semua yang di rasa pada si pemuda.

"Cinta boleh di pupuk nanti El. Please, just accept my love" Harry masih bersungguh memujuk si gadis untuk menerima dirinya. Dia melakukan ini semua bukan kerana suruhan mama supaya membawa pulang teman wanita tetapi kerana rasa cintanya yang memang dalam pada si gadis. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini pada perempuan selain dari Elmira.
Laju Elmira menggeleng. Baginya perasaan adalah suatu yang langsung tidak dapat di paksa. Dia memang tidak pernah merasa apa-apa sepanjang mereka berkawan baik. Sungguh.

"You are liar El. I hate you!" jerit Harry kuat. Langsung tidak peduli pada pengunjung lain yang turut berada di Restaurant berputar Menara Kuala Lumpur itu. Dia segera bangun tapi sempat pula tangannya membaling kotak kecil berisi barang kemas di hadapan Elmira. Elmira hanya memandang sepi kotak kaku yang ada di hadapannya itu. Langsung tidak peduli pada mata yang tekun menyaksikan drama mereka.

Lamunannya mati apabila terdengar bunyi bising dari luar rumah. Kepalanya di jenggung sedikit mengintai melalui tingkap. Jelas di luar sana Harry sedang berdiri di luar pagar. Pintu Honda Civic itu terbuka di bahagian pemandu tanpa sempat di tutup ketika keluar. Lampu kereta turut terpasang diiringi bunyi muzik bising yang keluar dari radio kereta. Cepat-cepat Elmira menyambar cardigan lalu di sarung ke tubuh. Laju dia turun ke bawah mahu pergi mendapatkan pemuda itu sebelum dia di tegur jiran tetangga kerana menggangu ketenteraman. Sudahlah hari sudah jauh lewat malam pula.

"Harry, you are too much!" laju tangan Elmira di hayun pada pipi lelaki yang sudah separuh mabuk itu. Dia terkejut apabila loceng rumah sewanya di bunyikan berkali-kali. Tidak cukup dengan itu pagarnya turut di gegarkan kuat dari luar. Apabila dia terpacul di pintu pagar  rumah Harry pantas menerpa lalu cuba mencium pipinya. Selamat dia sempat menolak tetapi itu semua membuatkan pemuda itu semakin agresif. Muka Harry cuba semakin mendekati wajahnya. Sekuat tenaga dia menolak tubuh sasa sehingga jatuh terduduk.

"I love you El! Please marry me. I am begging you" mendayu suara itu memujuk. Bau arak kuat melekat pada mulut dan pakaiannya. Dia kelihatan sangat tidak terurus. Masih memakai pakaian kerja lagi. Langsung tidak pulang ke rumah selepas waktu pejabat berakhir. Telah tiga hari berturut-turut malam harinya di habiskan di pub. Aktivitnya langsung tidak tertangkap kerana kedua ibu bapanya baru pulang dari Jerman atas urusan perniagaan semalam.

Naik kasihan pula Elmira melihat sahabat baik yang telah dia sendiri tolak mentah-mentah cintanya. Dia bukan seorang yang hipokrit yang menerima cinta kerana kasihan. Pemuda itu harus di beritahu terang-terangan bahawa hatinya memang bukan untuknya. Cukuplah dahulu kasih sebagai sahabat di salah ertikan. Dia sedar melayan Harry secara baik seperti memberi harapan maka Elmira sendiri harus menunjukkan dirinya memang menolak secara terang-terangan.

Adrian yang sedari tadi mengekori Harry secara senyap kerana risau dengan tindakan pemuda itu hanya memandang dari jauh. Sampai begitu sekali sahabatnya mencintai gadis yang baginya seperti wanita murahan. Jelas dia nampak sendiri Elmira cuba menolak ciuman lelaki itu walhal petang tadi bukan main lagi gadis itu memeluk dan berlaga pipi dengan seorang pemuda kacak. Sekarang ini pula berlagak persis diri itu suci sangat. Naik menyampah melihat tangan yang kononnya jijik menolak perlakuan Harry.

Jelas dia nampak gadis itu memberi isyarat mengarahkan Harry supaya pergi dari situ. Bunga yang di bawa Harry juga turut di campakkannya. Langsung tiada riak bersalah pada wajah cantik itu malahan terus sahaja berlalu masuk tanpa menoleh. Ini membuatkan kemarahan Adrian semakin membuat. Benci sekali melihat gadis yang baginya sok berlagak suci.

“Tak guna! Siap kau perempuan” tekadnya dalam kemarahan yang menguasai diri. Segera teringat kejadian petang tadi yang berlaku antara mereka.
……………………………..
"So, Elmira Amanda. Siapa laki yang awak peluk tadi?" sinis sekali Adrian bertanya tanpa berselindung. Jelik matanya memandang wajah gadis yang di puja Harry yang tadinya begitu asyik memeluk pemuda di tengah-tengah kesibukkan kota. Langsung tiada rasa malukah berkelakuan begitu di khalayak ramai. Dalam diam dia mengekori arah tuju Elmira. Mahu tahu apa lagi aktiviti gadis yang baginya agak murah ini.

"Awak ni siapa nak sibuk hal saya. Stalker ke? Kita tak kenal so mind your own business!" bengang pula dia apabila tiba-tiba mejanya di kunjungi lelaki yang langsung tidak di kenali. Malahan sibuk pula bertanya akan hubungannya dengan Adam. Sungguh menjadi kepantangan apabila orang sibuk ambil tahu tentang hal peribadinya apatah lagi dari orang yang langsung tidak di kenali.

Adrian memandang gadis yang sedang leka bermain iphone 4s atas bawah. Dia mengagak inilah gadis yang membuat kawannya sasau. Dia kenal wajah Elmira selepas gambarnya secara senyap dari  blackberry milik Harry. Itupun kerana Harry menumpang tidur di rumahnya semalam selepas Adrian menjaminnya di balai polis. Semuanya gara-gara Harry yang di tahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Tidak di nafikan wajah itu memang cukup menarik sehinggalah Harry yang begitu payah untuk jatuh cinta boleh tergila-gilakannya. Tetapi wajah cantik sahaja tidak cukup jika peribadinya hancur. Sekarang dia yakin bahawa gadis di hadapannya menggunakan kecantikan untuk mempermainkan perasaan lelaki. Amarahnya semakin membara kala ini.

"Kau ni memang murahkan. Berpeluk sakan dengan lelaki entah siapa. Perempuan macam kau... Belum sempat Adrian menghabiskan kata pipinya di tampar kuat oleh Elmira. Wajah kacaknya turut di simbah air dari gelas yang berada di atas meja. Nasib baik air putih kalau tak memang melekit wajahnya akibat dari facial minuman manis. Mukanya seperti di palit tahi kerana pelanggan dari meja berdekatan sudah mula memandang sambil berbisik. Pasti menyangka dia dan Elmira pasangan kekasih yang sedang bergaduh.

“Ini hadiah untuk orang yang suka sangat menyibuk hal orang. Bye stranger!” ucap gadis itu sebelum berlalu.

Dendamnya semakin membara pada gadis yang sudah berjalan keluar dari restauran itu. Meninggalkannya dalam keadaan yang cukup memalukan. Niat asal Adrian adalah untuk bertanya secara baik akan hubungan sebenar di antara Elmira dan Harry tetapi apabila dia melihat sendiri perlakuan gadis itu tadi semuanya yang dirancangkannya lebur. Baginya gadis seperti ini tidak sepatut di layan baik. Kekerasan dan sindiran yang patut di gunakan supaya sedar diri.  

"Sial punya perempuan. The war is on!" sumpahnya di dalam hati yang begitu membara.
..........

Friday, June 8, 2012

Aku cinta padamu 1

Aku terima nikahnya Elmira Amanda binti Elmizal dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.

Niat asalnya hanyalah mahu mengertak sahaja dan Adrian sama sekali tidak menyangka pengakhirannya akan jadi seperti ini.

"Hai berapa ek harga kau"
"Kau memang gila. Jangan ikut aku. Kalau tak aku report polis" ugut gadis itu geram. Dia berjalan laju menuju ke keretanya. Adrian pantas mengikut gerak gadis itu. Dia sempat memboloskan diri masuk ke dalam Honda Jazz hitam milik Elmira sebelum sempat di tekan punat lock. Malahan selamba sahaja tangannya menekan suis air cond. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.

"Hei, get out from my car now. Kalau tak aku jerit!" mencerlung matanya memandang Adrian yang duduk di kerusi sebelah. Sampai ke tahap ini lelaki itu mencari pasal dengannya walhal dia langsung tidak pernah kenal siapa pemuda itu. Apa yang dia tahu pemuda itu tiba-tiba muncul dalam hidup dan selalu menyakitkan hatinya.

"Jeritlah. Aku nak sangat dengar ni" cabar Adrian. Hampir ketawa dia melihat wajah gadis yang jelas ketakutan.
"Tolong perogol!" nyaring suara itu meminta tolong. Ketawa meletus keluar dari mulut Adrian apabila mendengar jeritan bersungguh-sungguh itu. Semua itu hanyalah sia-sia sahaja kerana mereka di dalam kereta yang dengan tingkap dan pintu tertutup rapat.
"OMG. I takutlah" perli Adrian sambil ketawa kuat. Kedua tangannya sengaja di letakkan di atas bahu sambil matanya sengaja di pandang ke atas. Jelas muka Elmira semakin merah padam menahan geram. Dia harus keluar dari kereta itu sebelum sesuatu yang tidak di ingininya berlaku. Mana tahu lelaki ini memang berniat jahat ke atasnya. Tak pasal esok keluar muka depan surat khabar seorang gadis di temui mati dalam keadaan memalukan selepas di rogol. Ya ampun. Amit amit. Choi!

Hanya inilah jalan terakhirnya. Dia sudah tidak peduli dengan kereta dan harta bendanya yang lain asalkan dirinya selamat dari ternoda. Tangan Elmira pantas mahu menekan punat unlock di sebelah pintu kereta tetapi sempat di halang oleh Adrian. Kedudukannya terus di alih lalu menindih gadis cantik itu. Pinggangnya di tarik supaya mendekati tubuhnya lalu kerusi terus di turunkan. Di renung lama wajah cantik di hadapannya lalu terus mukanya mendekati muka Elmira.

Rontaan Elmira langsung tidak peduli. Niat asal yang hanya mahu mengertak kini telah berubah terus. Wajah cantik itu seperti meminta belaiannya. Syaitan mula menghasut anak adam supaya pergi lebih jauh lagi. Membiarkan nafsu merajai hati. Rontaan dari Elmira langsung tidak di endah malahan tubuh hangat itu di peluk kejap. Lama bibirnya bermain-main di muka Elmira malahan begitu asyik sekali mengucup bibir munggil itu. Ciumannya yang semakin menggila itu mati apabila tingkap kereta di ketuk dari luar.